mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Masak (Minggu Ke-2)

Tarikh   : 22 Disember 2024

Masa    : 9.30 pagi- 10.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Minggu kedua program NADI MAHIR x Mahir Masak membawa peserta ke fasa pembelajaran yang lebih praktikal, memberi fokus kepada teknik asas memasak yang penting. Peserta diberikan penjelasan secara terperinci mengenai teknik asas seperti mencincang, menumis, dan merebus, melalui bahan pembelajaran interaktif seperti video dan infografik.

Aktiviti

Seterusnya, mempelajari cara memilih bahan masakan segar dan berkualiti, serta cara penyimpanan yang betul untuk mengekalkan kesegarannya, dan tips mengenali bahan gantian untuk menyesuaikan resipi dengan keperluan atau kekurangan bahan tertentu. Impaknya, peserta mendapat panduan teori yang jelas dan komprehensif sebagai persediaan untuk amali akan datang dan dapat meningkatkan keyakinan melalui pemahaman teori yang kukuh sebelum mempraktikkannya di dapur. Walaupun sesi minggu ini dijalankan secara dalam talian tanpa aktiviti praktikal, peserta tetap diberi peluang untuk mempelajari asas memasak melalui pendekatan teori yang mudah difahami.