mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Masak (Minggu Ke-5)

Tarikh   : 18 Januari 2025

Masa    : 9.30 pagi- 10.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai pastry dan kaedah pembuatannya, memahami teknik-teknik penting dalam menghasilkan pastry berkualiti, serta memberi inspirasi kepada peserta untuk mendalami seni pembuatan pastry sebagai potensi kerjaya atau perniagaan.

Aktiviti

Pada minggu kelima NADI MAHIR x Mahir Masak, modul pembelajaran memfokuskan kepada pengenalan asas pastry. Peserta mempelajari jenis-jenis pastry, teknik asas dalam penyediaannya, dan perbezaan antara pelbagai kategori pastry seperti puff pastry, shortcrust pastry, dan choux pastry. Sesi ini dijalankan secara teori tanpa melibatkan aktiviti amali. Melalui sesi teori ini, peserta diharapkan dapat memperoleh pemahaman mendalam mengenai pastry dan mempersiapkan diri untuk sesi amali yang akan datang.