Tarikh : 14 Disember 2024
Masa : 9.30 pagi- 10.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Minggu pertama ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada platform pembelajaran yang digunakan, menetapkan jangkaan hasil pembelajaran, dan memberikan gambaran awal tentang modul-modul yang akan dipelajari.
Aktiviti
Peserta didedahkan kepada sistem Mahir sebagai platform utama pembelajaran di mana peserta diajar cara mengakses sistem, memuat turun bahan pembelajaran, dan mengurus kehadiran secara digital. Kemudian, peserta diterangkan mengenai pengenalan Mahir Masak termasuk struktur kursus, modul, jadual aktiviti, penerangan mengenai hasil pembelajaran yang diharapkan, termasuk kemahiran praktikal dan teori yang akan dicapai sepanjang kursus. Impaknya, peserta akan mendapat gambaran jelas tentang program Mahir Masak dan hasil pembelajaran yang akan dicapai. Minggu pertama program Mahir Masak memainkan peranan penting dalam memastikan peserta bersedia sepenuhnya untuk mengharungi perjalanan pembelajaran ini.