Tarikh : 07 Mac 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
NADI Nurture DiLea : English Proficiency ialah satu inisiatif pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5. Program ini memberi penekanan kepada penguasaan bahasa yang lebih kukuh, sekali gus membantu pelajar dalam peperiksaan dan kehidupan seharian.
Aktiviti
Dalam siri pertama ini, peserta didedahkan kepada perkataan bahasa Inggeris yang sering disalah sebut serta cara sebutan yang betul. Mereka juga diberikan panduan melalui video interaktif mengenai kesalahan sebutan dalam bahasa Inggeris British. Bagi mengukuhkan pemahaman, satu penilaian turut disediakan bagi menguji kecekapan peserta. Melalui program ini, diharapkan pelajar lebih yakin dan mahir dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.