Tarikh : 14 Mac 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
NADI Nurture DiLea: English Proficiency ialah satu program khas yang dirangka khusus untuk pelajar dalam Program DiLea. Program ini bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, dengan memberi tumpuan kepada aspek sebutan dan kefasihan dalam komunikasi harian serta persiapan peperiksaan.
Aktiviti
Dalam siri kedua ini, peserta diberikan pendedahan kepada perkataan yang sering disalah sebut serta teknik sebutan yang betul dalam bahasa Inggeris British. Sesi pembelajaran disokong dengan video interaktif yang menunjukkan kesalahan biasa dalam sebutan, diikuti dengan penilaian bagi mengukur tahap kefahaman dan kecekapan peserta.
Melalui program ini, pelajar dalam Program DiLea dapat mengasah kemahiran pertuturan dengan lebih yakin dan tepat. Dengan bimbingan yang berstruktur dan latihan berterusan, diharapkan peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam komunikasi harian dan akademik mereka.