Tarikh : 15 Ogos 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti, dan perhatian terhadap perincian, serta membina nilai empati dan hubungan sosial yang lebih erat di kalangan peserta.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan ringkas tentang pentingnya soft skills seperti komunikasi, kreativiti, dan empati dalam kehidupan harian dan kerjaya dan pengenalan kepada konsep DIY (Do It Yourself) dan bagaimana membuat kad ucapan sendiri boleh menjadi satu cara untuk menyampaikan perasaan dan mesej dengan lebih peribadi. Selain itu, peserta juga diajar tentang asas reka bentuk kad ucapan, termasuk pemilihan tema, warna, dan bahan-bahan yang sesuai dan penerangan tentang elemen-elemen penting dalam kad ucapan seperti teks, hiasan, dan susunan reka bentuk. Kemudian, peserta diminta untuk menghasilkan kad ucapan mereka sendiri, menggunakan bahan-bahan yang disediakan seperti kertas, pelekat, pen warna, dan alat-alat hiasan lain. Kelebihan kelas ini adalah aktiviti ini dapat membantu peserta belajar cara menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan melalui medium visual, dan juga dapat mengasah kemahiran kreatif mereka melalui reka bentuk dan penghasilan kad ucapan yang unik. Kelas Soft Skills melalui aktiviti DIY Kad Ucapan ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna. Peserta bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran insaniah mereka tetapi juga membawa pulang hasil kreativiti yang boleh digunakan untuk mempererat hubungan dengan orang lain.