Tarikh : 01 Jun 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang membuat resume mengikut format terkini, melatih para peserta untuk membiasakan dengan menaip dengan mudah dan lancar serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menguasai teknik menaip.
Aktiviti
Resume adalah suatu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk mengetahui mengenai diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut. Peserta juga ditunjukkan cara untuk mengisi maklumat peribadi, maklumat pendidikan dan pengalaman bekerja dalam susunan ayat yang kemas dan baik.