Tarikh : 15 Mei 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Belia
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang membuat resume mengikut format terkini, melatih para pelajar untuk membiasakan dengan menaip dengan mudah dan lancar serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menguasai teknik menaip.
Aktiviti
Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja. Kebiasaannya, resume merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja. Terdapat tiga jenis resume, iaitu chronological, functional, dan combination formats. Jenis resume perlu dipilih mengikut kesesuaian pekerjaan yang dimohon. Peserta diajar membuat resume menggunakan laman web FlowCV. Peserta juga ditunjukkan cara untuk mengisi maklumat peribadi, maklumat pendidikan dan pengalaman bekerja dalam susunan ayat yang kemas dan baik.