Tarikh : 08 April 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Melalui kelas ini, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran insaniah yang terdapat dalam diri peserta dan membantu peserta mengasah kemahiran mereka dalam memahami dan menganalisis situasi untuk hasil yang lebih baik. Tujuan lainnya adalah untuk menarik minat peserta menghasilkan sampul raya supaya tradisi ini tidak dilupakan meskipun zaman makin berubah ke era digitalisasi.
Aktiviti
Kemahiran komunikasi merupakan elemen utama yang perlu dipelajari oleh para pelajar. Ini adalah kerana komunikasi merupakan perkara asas dalam melakukan sebarang interaksi sesama manusia. Komunikasi yang baik amat penting dalam kalangan pelajar bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dijalankan dengan baik. Kemahiran ini dapat memastikan pelajar mempunyai keyakinan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Peserta perlu menghasilkan sampul raya mengikut kreativiti masing-masing secara berkumpulan di mana mereka perlu bekerjasama dalam menyiapkannya. Impak positif yang diperoleh dari kelas ini ialah peserta dapat meningkatkan kemahiran yang sedia ada kepada kemahiran yang lebih produktif dan efektif dalam kehidupan seharian.