Tarikh : 20 September 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : Perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Siong
Peserta : Komuniti Perkampungan Orang Asli
Tujuan
Objektif aktivti ini adalah untuk membangunkan kemahiran insaniah (soft skills) seperti kerjasama, komunikasi, pemikiran kritikal, kepimpinan, dan pengurusan masa di kalangan peserta. Ia juga bertujuan untuk memperkukuh kerja berpasukan dan kemahiran membuat keputusan dengan cepat dalam suasana yang menyeronokkan.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan ringkas mengenai aktiviti ini seperti peraturan dan corak permainan kepada peserta. Peserta dalam setiap kumpulan perlu berkomunikasi, merancang strategi, dan bekerjasama untuk mengasingkan bola secepat mungkin. Setiap ahli pasukan perlu memainkan peranan masing-masing dan memastikan tugasan dilakukan dengan efisien. Kelebihannya adalah ia dapat membangunkan kerjasama dan kepercayaan dalam pasukan, sambil meningkatkan kemahiran komunikasi dan peserta akan belajar cara untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah dengan cepat dalam situasi tekanan, yang akan mempertingkatkan kemahiran membuat keputusan. Melalui aktiviti ini, peserta akan memahami pentingnya kerjasama, komunikasi, dan penyelesaian masalah dalam mencapai matlamat bersama.