Tarikh : 11 Julai 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar PASTI Darul Ulum
Tujuan
Objektif aktiviti ini ialah meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran melalui pendekatan yang kreatif dan interaktif serta untuk memberi peluang kepada mereka untuk mentafsirkan idea-idea mereka melalui bentuk dan struktur unik.
Aktiviti
3D Doodle Art adalah aktiviti seni di mana individu mencipta lukisan atau bentuk tiga dimensi (3D) menggunakan pen 3D atau alatan khusus lain. Berbeza dengan lukisan dua dimensi (2D) yang biasa dilakukan di atas kertas, 3D Doodle Art melibatkan pembuatan objek yang mempunyai ketinggian, lebar, dan kedalaman. Petugas memberikan penerangan ringkas mengenai cara penggunaannya serta bimbingan kepada peserta ketika aktiviti dijalankan. Antara kelebihannya adalah dapat memberi peluang kepada mereka untuk mencipta rekaan mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing.