mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) STEM – Bengkel Rocket Hydro

Tarikh   : 11 Jun 2024

Masa    : 9.00 am – 1.00 pm

Tempat : SK Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membimbing peserta mengenal pasti komponen utama roket dan fungsinya, memahami hubungan antara daya bersih dan momentum, serta untuk menarik minat peserta mengenai eksperimen Sains.

Aktiviti

Bengkel ini dikendalikan oleh Politeknik Seberang Perai dengan melibatkan 32 orang pelajar sekolah rendah. Peserta perlu menghasilkan sebuah roket menggunakan bahan yang disediakan seperti botol air, salotape, dan lain-lain lagi, kemudian peserta memasukkan air ke dalam botol plastik/roket dan menutupnya dengan ketat. Seterusnya mereka dikehendaki mengepam udara ke dalamnya dan apabila tekanan udara meningkat, ia menolak air keluar melalui muncung di bahagian bawah, seterusnya melancarkan roket tersebut. Dengan adanya eksperimen ini, peserta dapat memahami konsep roket dan juga tekanan udara dan air.

Galeri Foto