Tarikh : 11 Jun 2024
Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Tempat : SK Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman peserta tentang penukaran tenaga, kehilangan tenaga, geseran dan untuk menambah baik mereka bentuk bagi memaksimumkan prestasi kereta.
Aktiviti
Bengkel ini dikendalikan oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dengan melibatkan 16 orang pelajar sekolah rendah. Eksperimen ini mempunyai hubungan antara kelajuan, jarak dan masa dan ia juga mempunyai interaksi antara tenaga dan bahan yang digunakan. Dengan menggunakan bahan yang disediakan, peserta perlu menghasilkan sebuah kereta dimana mereka perlu menyambungkan komponen pemasangan menggunakan getah (rubber bands). Setelah selesai pemasangan tersebut, peserta dikehendaki menguji kereta mereka di litar yang disediakan oleh petugas bagi tujuan pemerhatian untuk mengetahui bagaimana jumlah tenaga berpotensi mempengaruhi kelajuan dan jarak kenderaan.