Tarikh : 15 Jun 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri peserta dimana peserta perlu meletakkan blok pelbagai bentuk secara strategik pada papan permainan dan menyelesaikan teka-teki.
Aktiviti
Block Wooden Puzzle adalah sejenis permainan atau teka-teki yang diperbuat daripada kepingan-kepingan kayu yang direka untuk dibongkar dan dipasang semula menjadi bentuk tertentu. Sebelum mula cabaran ini, petugas menerangkan kepada peserta mengenai cara untuk bermain dan peraturannya dan pemenang akan dipilih berdasarkan tempoh masa yang diambil sepanjang cabaran ini berlangsung. Antara kelebihan cabaran ini adalah ia boleh membantu meningkatkan kemahiran motor halus, koordinasi tangan-mata, penyelesaian masalah, dan pemikiran logik. Selain itu, ia juga memberikan cabaran mental yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa.