Tarikh : 16 Mac 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membimbing peserta menjalankan eksperimen mengenai ketumpatan air bergaram dengan air paip dengan menggunakan telur dan juga bagaimana garam dapat mengubah telur yang tenggelam di dalam air menjadi terapung di permukaan.
Aktiviti
Telur yang diletakkan di dalam air biasa akan tenggelam ke dasar gelas, sementara telur yang diletakkan di dalam air yang dicampur garam akan terapung di permukaan. Bagi bahan yang mempunyai isi padu yang sama (air di dalam cawan), air yang dilarutkan garam lebih berat daripada air biasa. Oleh itu air bergaram adalah lebih tumpat daripada air biasa. Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada jisim bahan tersebut dan juga susunan zarah-zarah atau isi padu bahan tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan untuk eksperimen ini ialah telur, air, garam, sudu, dan juga cawan.