mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) STEM – Inflating Glove with Straw and Cup

Tarikh   : 05 September 2024

Masa    : 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Diadakan bertujuan untuk untuk mengajar peserta tentang tekanan udara, pergerakan gas, dan perubahan volum dengan menggunakan bahan-bahan mudah yang tersedia. Ia juga bertujuan untuk membina kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah dalam konteks STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik).

Aktivti 

Antara bahan2 yang digunakan adalah sarung tangan plastik (glove), straw, cawan kertas, getah elastik dan gunting. Petugas menerangkan langkah2 aktiviti tersebut seperti cara masukkan hujung glove ke mulut cawan, cara mengikat glove menggunakan getah dengan kemas di sekeliling mulut cawan supaya tidak ada udara yang boleh keluar, cara masukkan straw melalui lubang dan lain-lain lagi. Melalui aktiviti ini, peserta akan mempelajari tentang konsep asas dalam fizik seperti tekanan udara dan pergerakan gas melalui aktiviti yang mudah dan praktikal, dan juga mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah kecil yang mungkin timbul semasa aktiviti, seperti memastikan glove dipasang dengan betul atau straw tidak bocor. Ini membantu dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Di samping itu, ia bukan sahaja dapat meningkatkan minat peserta terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk kecintaan mereka terhadap bidang STEM sejak usia muda.

Galeri Foto