Tarikh : 01 Ogos 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : SMK Kulim
Peserta : Pelajar Sekolah SMK Kulim
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memperkenalkan peserta kepada konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui kajian mengenai ikan buntal (puffer fish). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat peserta terhadap STEM dengan menggunakan topik yang menarik dan interaktif.
Aktiviti
Peserta diberikan penerangan tentang ikan buntal, habitatnya, ciri-ciri unik, dan kepentingan ekologi dan demonstrasi tentang bagaimana ikan buntal mengembang sebagai mekanisme pertahanan. Kemudian, peserta perlu melakukan eksperimen untuk mengahasilkan model Puffer Fish dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh petugas seperti belon, getah, cuka makan, baking soda dan lain-lain lagi. Melalui topik yang menarik seperti ikan buntal, peserta akan lebih berminat dan teruja untuk belajar tentang konsep STEM dan peserta mendapat peluang untuk melakukan eksperimen dan aktiviti hands-on, yang membantu memperkukuhkan pemahaman mereka tentang konsep STEM. Kelas STEM tentang ikan buntal adalah satu cara yang menarik dan interaktif untuk memperkenalkan peserta kepada konsep STEM. Dengan menggunakan topik yang unik dan relevan, kelas ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi peserta, tetapi juga menggalakkan minat dan kecintaan terhadap pembelajaran.