Tarikh : 23 April 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : SK Lanai, Baling
Peserta : Pelajar Sekolah Kebangsaan Lanai, Baling
Tujuan
Tujuan projek STEM ini diadakan adalah untuk menguji ketangkasan serta daya tumpuan peserta untuk melihat sasaran blok yang betul untuk diambil.
Aktiviti
Jengga Tower Challenge telah diadakan dengan melibatkan 10 orang peserta dari kalangan pelajar SK Lanai, Baling. Peserta perlu menyusun blok kayu Jengga seperti blok asal, kemudian mereka perlu mengeluarkan blok bahagian tengah dan letak di atas. Setiap kali blok dialih dan diletakkan di bahagian atas struktur membentuk menara yang lebih tinggi namun kurang stabil. Lihat setinggi mana peserta dapat lakukannya sebelum ia runtuh. Melalui permainan Jengga ini, peserta dapat membina kemahiran berfikir dan sosial seperti yang diperlukan disamping membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.