mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) STEM – Jigsaw Puzzle STEM

Tarikh   : 08 Ogos 2024

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : Perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Siong

Peserta : Komuniti Perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Siong

Tujuan

Objektifnya adalah untuk mengasah kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kritis, dan kerja berpasukan di kalangan peserta sambil memperkukuhkan konsep-konsep asas dalam STEM. 

Aktiviti 

Peserta diberikan penerangan ringan tentang konsep STEM dan bagaimana aktiviti Jigsaw Puzzle ini akan membantu mengaitkan pelbagai aspek STEM dengan aktiviti harian. Melalui akitviti ini, ia dapat mengukuhkan pemahaman peserta tentang konsep STEM dengan cara yang praktikal dan visual dan peserta juga dapat mengasah kemahiran menyelesaikan masalah mereka melalui proses menyusun puzzle dan memahami konsep yang terlibat. Aktiviti Jigsaw Puzzle STEM adalah satu cara yang kreatif dan interaktif untuk memperkenalkan dan mengukuhkan konsep-konsep STEM di kalangan peserta. Melalui aktiviti ini, peserta bukan sahaja belajar dalam suasana yang menyeronokkan, tetapi juga membina kemahiran penting seperti pemikiran kritis, menyelesaikan masalah, dan kerja berpasukan.

Galeri Foto