Tarikh : 18 Julai 2024
Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Kuiz ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penggunaan tenaga yang efisien di kalangan peserta. Kuiz ini juga bertujuan untuk mendorong amalan-amalan penjimatan tenaga dalam kehidupan seharian dan memahami impak positif penggunaan tenaga yang bijak terhadap alam sekitar.
Aktiviti
Peserta perlu menjawab soalan-soalan pelbagai pilihan yang merangkumi topik seperti penggunaan tenaga di rumah, sumber tenaga boleh diperbaharui, dan cara-cara menjimatkan tenaga. Melalui kuiz ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan mereka mengenai penggunaan tenaga yang efisien dan amalan-amalan yang boleh membantu menjimatkan tenaga dan juga meningkatkan kesedaran mengenai impak penggunaan tenaga terhadap alam sekitar dan menggalakkan amalan yang lebih lestari.