Tarikh : 23 April 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : SK Lanai, Baling
Peserta : Pelajar Sekolah Kebangsaan Lanai, Baling
Tujuan
Tujuan projek STEM ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada prinsip asas fizik, kejuruteraan dan seni bina. Selain itu, ia juga menggalakkan pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, daya tahan dan lain-lain lagi.
Aktiviti
Lego telah diadakan dengan melibatkan 10 orang peserta dari kalangan pelajar SK Lanai, Baling.Peserta dibimbing oleh petugas untuk menghasilkan sebuah objek menggunakan lego-lego yang disediakan. Antara kelebihan melalui kelas ini ialah dapat mempertingkatkan kemahiran motor halus, kesedaran spatial, dan koordinasi tangan-mata, serta pemahaman prinsip kejuruteraan dan asas.