Tarikh : 20 Mei 2024
Masa : 9.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang bagaimana cara untuk menggunakan dan menghasilkan animasi dengan mengunakan Scratch serta untuk meningkatkan lagi ilmu mengenai STEM yang sedia ada pada diri peserta.
Aktiviti
Scratch adalah bahasa pengaturcaraan percuma dan komuniti dalam talian di mana anda boleh mencipta cerita, permainan dan animasi interaktif anda sendiri. Melalui kelas ini, peserta diajar mengenai cara-cara untuk menghasilkan animasi serta menggerakkannya dengan menggunakan komponen yang terdapat pada laman web Scratch tersebut. Aktiviti ini melibatkan 20 orang pelajar sekolah sekitar NADI Merbau Pulas. Kelebihan dari aktiviti Scratch ini ialah membolehkan pelajar membina cerita, animasi dan permainan mudah. Ia juga menyokong asas untuk kawalan aturcara ke peranti berhubung (IoT).