mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) STEM – Water Well Project

Tarikh   : 12 Julai 2024

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Untuk menyelidik bagaimana telaga air berfungsi, jenis-jenis telaga, dan juga menganalisis data daripada eksperimen untuk memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip yang terlibat.

Aktiviti 

Water well atau telaga air adalah sebuah projek pendidikan yang bertujuan untuk mengajar konsep-konsep asas dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui amalan membuat dan mengurus telaga air. Melalui kelas ini, peserta mereka bentuk dan membina model telaga air dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh petugas seperti botol mineral, tali, gam, kayu aiskrim dan lain-lain lagi. Eksperimen ini bukan sahaja memberikan pemahaman praktikal tentang telaga air, tetapi juga mengajar kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, pemikiran kritis, dan kerjasama. Selain itu, eksperimen ini boleh melibatkan aspek-aspek lain seperti sumber alam semula jadi, ekologi, dan pengurusan air.

Galeri Foto