mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) Taklimat dan Kuiz KDB – Buli Siber

Tarikh   : 20 Julai 2024

Masa    : 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai apa itu buli siber, bagaimanakah buli siber berlaku, apakah impak negatif berlakunya buli siber dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Buli siber merupakan masalah sering didengar kini kerana penggunaan media sosial yang sudah menjadi sebahagian kehidupan semua. Kegiatan seperti mengancam, memalukan, dan menakutkan individu lain dalam talian seperti mesej teks, laman web sosial dan sebagainya boleh menyumbang kepada buli siber contohnya seperti kes kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai 2024. Para peserta yang hadir ditayangkan video klip pendek mengenai Buli Siber.  Peserta dibimbing supaya mengambil langkah yang sepatutnya jika menghadapi permasalahan ini seperti mengadu serta melaporkan kepada pihak yang betul seperti Pusat Bantuan Cyber999 atau Talian Kasih 15999. Peserta turut disarankan agar jangan berdiam diri tetapi berani tampil untuk mengekang kegiatan pembuli siber. Kuiz berkaitan buli siber juga diadakan ada akhir sesi kelas.

Galeri Foto