mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Awareness : Kempen Internet Selamat (KIS) – DETEKTIF SIBER | School Fun Break

Tarikh   : 27 Disember 2025

Masa    : 10.30 – 12.00 Tengahari

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak terhadap keselamatan siber serta membimbing mereka mengenal pasti ancaman dalam talian sejak usia awal.

Aktiviti

Program ini telah berlangsung dengan pendekatan interaktif dan menyeronokkan, di mana peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti penipuan siber, risiko keselamatan dalam talian serta amalan penggunaan internet yang selamat, bijak dan bertanggungjawab. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak bukan sahaja belajar secara aktif, malah lebih peka dan berkeyakinan untuk melindungi diri mereka ketika menggunakan teknologi dan media digital dalam kehidupan seharian.

Gambar di sini