Tarikh : 27 Ogos 2025
Masa : 2.00 – 3.30 pm
Tempat : SJK (C) Aik Chee
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman murid tentang penggunaan internet secara bertanggungjawab serta memberi kesedaran awal mengenai risiko dan bahaya dalam talian. Melalui inisiatif ini, murid didorong untuk menjadi pengguna internet yang bijak, beretika, dan peka terhadap keselamatan siber. Objektif utama program ini adalah untuk membentuk generasi celik digital yang tahu membuat pilihan yang selamat dalam dunia digital yang semakin berkembang pesat.
Aktiviti
Program dimulakan dengan taklimat Kempen Internet Selamat oleh petugas NADI, diikuti dengan sesi pengajaran modul khas yang interaktif. Antara pengisian yang dikongsikan termasuk asas keselamatan internet, had umur penggunaan media sosial yang ditetapkan kepada 13 tahun, risiko serta ancaman yang wujud di media sosial, dan cadangan aktiviti alternatif yang lebih sesuai untuk murid sekolah rendah. Majlis penutupan turut diserikan dengan penyampaian saguhati kepada guru dan pelajar terpilih yang dilantik sebagai Ikon K-DAT, sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam mempromosikan penggunaan internet secara selamat di sekolah.