Tarikh : 10 Disember 2025
Masa : 10.30 pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : SK Gunung Bongsu
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah (Tahap 1 dan 2)
Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman murid mengenai penggunaan internet secara bertanggungjawab, memberi kesedaran awal tentang bahaya dalam talian, serta membantu mereka membuat pilihan yang lebih selamat dalam dunia digital.
Aktiviti
Program dimulakan dengan taklimat KIS oleh petugas NADI, diikuti dengan aktiviti pengajaran modul khas bagi murid Tahap 1 dan 2. Antara pengisian yang dikongsikan termasuk asas keselamatan internet, had umur penggunaan media sosial yang ditetapkan kepada 13 tahun, risiko serta ancaman yang wujud di media sosial, dan cadangan aktiviti alternatif yang lebih sesuai bagi murid sekolah rendah. Diharapkan pendedahan ini dapat membentuk generasi celik digital yang bijak, beretika dan sentiasa peka terhadap keselamatan siber. Majlis penutupan program ini turut diserikan dengan penyampaian saguhati kepada guru dan pelajar terpilih yang dilantik sebagai Ikon K-DAT.