Tarikh : 18 Disember 2025
Masa : 11.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : SMK Labu Besar, Kulim
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memperkukuh keselamatan ruang siber dalam kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak dan remaja yang lebih terdedah kepada risiko dalam talian.
Aktiviti
Telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif daripada murid berumur 13 hingga 17 tahun. Menerusi modul yang disusun khas, para peserta didedahkan dengan kaedah membezakan fakta dan auta di media sosial, memahami bahaya pengantunan seksual dalam talian, serta meningkatkan kesedaran tentang jejak digital yang ditinggalkan sewaktu menggunakan internet. Sesi interaktif yang dijalankan turut memberi pendedahan tentang penggunaan media sosial secara beretika, cara mengesahkan maklumat sebelum berkongsi serta kepentingan perlindungan data peribadi. Semoga usaha berterusan seperti ini dapat membina generasi celik digital yang bijak dan selamat dalam menggunakan teknologi. “Nak selamat selalu”, “Media sosial stop dulu.”