Tarikh : 23 Disember 2025
Masa : 4.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Objektifnya meningkatkan kesedaran keselamatan internet dalam kalangan peserta melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan berasaskan permainan digital.
Aktiviti
Program ini dirangka bagi membantu peserta memahami amalan penggunaan internet yang selamat, bertanggungjawab dan beretika dalam suasana yang menyeronokkan dan mencabar minda. Sepanjang program berlangsung, peserta menyertai permainan kuiz interaktif melalui platform seperti Kahoot, Quiz.com dan Quizizz yang merangkumi 20 soalan berkaitan Kempen Internet Selamat. Pengisian ini memberi kelebihan kepada peserta untuk menguji tahap kefahaman, meningkatkan fokus serta daya saing positif, di samping melatih kepantasan membuat keputusan dengan tepat. Peserta yang menjawab dengan betul dan mencatat masa terpantas telah dinobatkan sebagai pemenang.