Tarikh : 28 Oktober 2025
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Program ini dilaksanakan dengan fokus utama untuk menyampaikan mesej kesedaran berkaitan keselamatan dalam talian, khususnya kepada murid sekolah rendah.
Aktiviti
Antara mesej utama yang diketengahkan ialah larangan memiliki akaun media sosial bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, pendedahan terhadap risiko buli siber dan pengantunan seksual dalam talian, serta galakan kepada masyarakat untuk menggunakan internet secara selamat dan beretika. Kempen ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai sekolah di bawah PPD Kulim Bandar Baharu merangkumi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di sekitar daerah Kulim. Pelaksanaan kempen ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran sivik digital dalam kalangan murid dan komuniti sekolah, sekaligus menyokong usaha mewujudkan persekitaran siber yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab.