Tarikh : 27-28 Ogos 2025
Masa : 9.00 am – 6.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas dan Kediaman Peserta
Peserta : Terbuka
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap ancaman berita palsu serta memberi penekanan kepada kepentingan budaya semak fakta sebelum berkongsi maklumat.
Aktiviti
Kuiz ini dijalankan secara atas talian melalui pautan atau kod QR yang disediakan, membolehkan peserta menyertainya dengan mudah dan interaktif. Melalui soalan-soalan yang dirangka secara padat dan mendidik, peserta bukan sahaja dapat menilai tahap pengetahuan mereka, malah turut belajar untuk menjadi pengguna media yang lebih bertanggungjawab.
Semoga usaha kecil ini dapat memberi impak besar dalam membentuk komuniti yang lebih celik maklumat dan beretika dalam penyebaran kandungan digital.