Tarikh : 22 Julai 2025
Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Tempat : NADI Beris Jaya
Peserta : Petugas NADI
Tujuan
Program ini bertujuan melatih dan memperkasakan petugas lapangan dengan pengetahuan serta kemahiran untuk menyampaikan mesej keselamatan internet secara berkesan kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Telah berjaya dilaksanakan melibatkan tiga kluster utama iaitu Baling, Sik dan Pendang. Taklimat TOT ini telah disampaikan oleh Pegawai MCMC Negeri Kedah, Puan Siti, yang memberikan penerangan menyeluruh berkenaan empat modul utama iaitu: modul sekolah rendah Tahap 1, modul sekolah rendah Tahap 2, modul sekolah menengah (13–17 tahun), dan modul Belia (18–30 tahun). Setiap modul direka khusus mengikut tahap umur dan tahap kefahaman, dengan fokus kepada pemahaman tentang penggunaan internet secara selamat, risiko siber, dan kepentingan etika digital.