Tarikh : 29 Mei 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib, Pensyarah dari Universiti Utara Malaysia, sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman siber yang semakin berleluasa, khususnya penipuan melalui kod TAC, panggilan palsu dan mesej teks yang bersifat manipulatif.
Aktiviti
Webinar Kempen Internet Selamat 2025 Siri 5 yang bertemakan “Rompakan Alam Siber: TAC, Panggilan Telefon dan SMS” telah berjaya dilaksanakan dengan pengisian yang amat bermanfaat kepada para peserta. Sepanjang webinar, peserta didedahkan kepada bentuk-bentuk serangan siber terkini serta teknik licik yang digunakan oleh penjenayah digital dalam memperdaya mangsa. Penjelasan yang diberikan bukan sahaja membolehkan peserta mengenalpasti taktik penipuan ini, malah turut memberikan panduan langkah berjaga-jaga serta tindakan yang perlu diambil jika terlibat atau hampir menjadi mangsa. Sesi ini telah membuka mata ramai peserta mengenai pentingnya celik siber dalam dunia digital yang penuh dengan risiko tersembunyi.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah jemputan atas perkongsian yang padat dan bermanfaat, serta kepada semua peserta yang mengambil bahagian secara aktif. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dijadikan panduan untuk melindungi diri dan orang sekeliling daripada menjadi mangsa rompakan alam siber.