Tarikh : 28 Januari 2025
Masa : 2.30 – 3.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai keselamatan siber dengan memberi panduan tentang cara melindungi data peribadi serta memahami risiko perkongsian maklumat secara terbuka. Sesi ini juga akan membantu peserta mengenali ancaman digital yang berpotensi dan mengamalkan langkah pencegahan yang berkesan.
Aktiviti
“Share La Sungguh-Sungguh Kalau Nak Kena” memberi tumpuan kepada bahaya perkongsian maklumat peribadi secara berlebihan di media sosial. Tanpa kawalan yang betul, tindakan ini boleh membuka ruang kepada jenayah siber seperti penyamaran identiti, pencerobohan akaun, dan penipuan dalam talian.
Dengan pengetahuan yang diperoleh, peserta diharapkan dapat lebih berhati-hati dan bijak dalam mengurus jejak digital mereka, seterusnya mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.