Tarikh : 26 April 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Webinar ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya perlindungan privasi data dalam era digital. Melalui perkongsian oleh pakar dalam bidang teknologi maklumat, peserta didedahkan kepada ancaman-ancaman siber yang boleh menjejaskan keselamatan data peribadi serta langkah-langkah proaktif yang boleh diambil untuk melindungi diri dan maklumat mereka.
Aktiviti
Antara kelebihan program ini adalah peserta dari semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak dan dewasa, dapat mempelajari ilmu berguna tentang keselamatan siber, sekaligus memperkasakan mereka menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan berwaspada.
Sebagai penutup, webinar ini diharap dapat menyemai budaya lebih prihatin terhadap keselamatan data dalam kalangan masyarakat, selain menggalakkan amalan keselamatan siber yang lebih kukuh dalam kehidupan harian.