Tarikh : 04 Disember 2025
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko kamera tersembunyi, memahami bagaimana teknologi ini boleh disalahgunakan, serta membekalkan pengetahuan yang tepat mengenai cara mengesan, mencegah dan bertindak sekiranya berdepan situasi pemantauan tanpa kebenaran.
Aktiviti
Sesi ini membimbing peserta memahami ancaman kamera tersembunyi yang boleh menjejaskan privasi serta keselamatan peribadi dalam kehidupan seharian. Program ini dirangka agar komuniti lebih peka dan bersedia melindungi diri dalam persekitaran digital dan fizikal yang semakin canggih. Webinar ini memberikan kelebihan kepada peserta melalui pembelajaran praktikal tentang teknik mengesan kamera tersembunyi, penjelasan risiko privasi yang sering tidak disedari, serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan di hotel, bilik persalinan, tempat awam dan kediaman sendiri.