Tarikh : 25 Februari 2026
Masa : 2.00 – 3.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran peserta terhadap ancaman phishing dan scam yang semakin berleluasa, khususnya dalam penggunaan internet dan komunikasi digital harian.
Aktiviti
Webinar ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada tutorial menyemak dan mengenal pasti pautan serta nombor telefon scammer, di samping pendedahan kepada modus operandi scam terkini yang sering digunakan oleh penjenayah siber. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai taktik penipuan dalam talian, seterusnya membentuk sikap lebih berwaspada, berhati-hati dan bertanggungjawab dalam melindungi maklumat peribadi serta keselamatan diri di alam digital.