mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x CyberSecurity – Webinar : Keselamatan Siber dalam eSport : Lindungi Akaun dan Reputasi Anda

Tarikh   : 08 Mac 2025

Masa    : 10.00 – 11.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online)

Peserta : Terbuka

Tujuan

Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemain eSport mengenai ancaman siber serta langkah-langkah perlindungan akaun dan identiti digital. Peserta didedahkan kepada strategi keselamatan seperti pengesahan dua faktor (2FA), pengurusan kata laluan yang kuat, dan teknik mengenal pasti serangan siber untuk memastikan akaun serta reputasi mereka sentiasa dilindungi.

Aktiviti

Dalam dunia eSport yang semakin berkembang, keselamatan digital menjadi aspek penting bagi mengelakkan serangan siber yang boleh menjejaskan data peribadi dan kredibiliti pemain. Dengan ilmu yang diperoleh melalui webinar ini, peserta dapat mengamalkan langkah-langkah perlindungan yang lebih baik, memastikan pengalaman bermain yang lebih selamat dan terjamin. Lindungi akaun anda, jaga reputasi anda !