Tarikh : 10 April 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Sesi ini bertujuan untuk memupuk semangat juang, disiplin diri, dan kesungguhan dalam kalangan pemain e-Sukan agar lebih berdaya saing bukan sahaja dalam permainan, malah dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Dalam episod ke-11 siri Podcast NADI Malaysia, kelas kesedaran dan pensijilan e-Sukan menampilkan Sazali Samad, ikon bina badan negara yang berkongsi pandangan serta pengalaman tentang “Mentaliti Juara”.
Melalui perkongsian inspiratif oleh Sazali Samad, peserta didedahkan kepada nilai-nilai seperti ketekunan, konsistensi, dan kesabaran dalam membina kejayaan, yang boleh diaplikasikan dalam dunia e-Sukan. Program ini memberi kesedaran bahawa kejayaan dalam e-Sukan bukan sekadar kemahiran teknikal, tetapi turut memerlukan kekuatan mental dan komitmen tinggi. Diharapkan, sesi ini dapat membentuk pemain yang lebih holistik serta memberi motivasi kepada generasi muda untuk menjadi juara dalam bidang yang mereka ceburi.