mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X e-Sukan – Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan (Hak Cipta & Harta Intelek)

Tarikh   : 14 November 2025

Masa    : 3.00 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif utama program ini adalah untuk memberi kefahaman jelas tentang hak dan tanggungjawab pemain, penganjur serta pencipta kandungan supaya risiko pelanggaran hak cipta dapat dielakkan, sekali gus memupuk budaya penghasilan karya digital yang lebih profesional dan beretika.

Aktiviti

Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan kepada pengenalan asas harta intelek, contoh kes sebenar dalam industri e-Sukan, garis panduan penggunaan kandungan digital, serta langkah mendapatkan perlindungan rasmi melalui pensijilan. Peserta juga mengikuti sesi soal jawab interaktif bagi memahami isu-isu yang sering berlaku dalam kalangan pemain dan komuniti e-Sukan.Melalui penyertaan ini, peserta memperoleh kelebihan seperti peningkatan kesedaran undang-undang, pemahaman yang lebih tepat tentang penggunaan kandungan berlesen, serta keyakinan dalam mengurus karya digital secara sah dan selamat.

Gambar di sini