Tarikh : 06 Februari 2026
Masa : 11.00 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan kesihatan fizikal dalam kalangan peukan melalui Kelas Kesedaran ini.
Aktiviti
Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian berfokus kepada kesan aktiviti e-Sukan terhadap kesihatan tubuh badan, kepentingan penjagaan postur, pengurusan masa bermain, serta amalan gaya hidup sihat. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada penerangan berstruktur, perkongsian amalan terbaik dan pengetahuan asas kesihatan yang relevan dengan dunia e-Sukan. Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang penjagaan kesihatan fizikal, mengurangkan risiko kecederaan, serta membentuk sikap lebih bertanggungjawab sebagai pemain e-Sukan yang sihat dan berdaya saing.