mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI X E-SUKAN) – Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan Minggu 3 dan Minggu 4 Januari 2025 (Episod 4 : “Pendidikan dan e-Sukan: Perspektif Pendidik”)

Tarikh   : 28 Disember 2024

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Episod keempat program NADI X E-Sukan menampilkan Cikgu Mohd Hafeez bin Ab Ghafur @ Yaakub, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam, Selangor. Podcast ini membincangkan potensi e-sukan sebagai platform pendidikan untuk melatih kemahiran seperti strategi, kerja berpasukan, dan komunikasi.

Aktiviti

Perbincangan turut merangkumi cabaran mendidik generasi digital serta peranan penting sekolah dan ibu bapa dalam membimbing minat pelajar terhadap e-sukan secara positif. Podcast ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bagaimana e-sukan boleh menjadi alat pendidikan yang inovatif dan membantu membentuk generasi muda yang beretika dan berdisiplin. Melalui episod ini, diharapkan peserta memperoleh pemahaman mendalam mengenai potensi e-sukan sebagai alat pendidikan yang efektif. Dengan kerjasama sekolah, ibu bapa, dan komuniti, e-sukan dapat dimanfaatkan untuk membentuk generasi muda yang berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan.