mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI X E-SUKAN) – Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan Minggu 3 dan Minggu 4 November (Episod 2 : “e-Sukan, Ye Ke Ada Peluang Kerjaya?”)

Tarikh   : 16 November 2024

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang peluang kerjaya dalam industri e-Sukan yang semakin berkembang pesat. Ia membuka minda peserta terhadap pelbagai prospek profesional, seperti menjadi pemain profesional, penganalisis, pereka permainan, pengurus pasukan, dan pengelola acara. Selain itu, kelas ini juga memberi pendedahan tentang kemahiran dan persijilan yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang ini, sekaligus membantu peserta merancang laluan kerjaya mereka dengan lebih baik.

Aktiviti

Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk sesi perkongsian bersama pakar industri dan pemain profesional e-Sukan yang telah berjaya. Peserta juga akan terlibat dalam bengkel interaktif untuk memahami ekosistem e-Sukan, seperti peranan teknologi, media, dan pengurusan dalam bidang ini. Melalui kelas ini, mereka bukan sahaja memahami potensi kerjaya dalam e-Sukan tetapi juga mengenali kemahiran yang relevan untuk merebut peluang tersebut. Kelas ini turut memberi inspirasi kepada peserta untuk memanfaatkan minat mereka terhadap permainan video dengan cara yang lebih bermakna dan produktif. Konkluksinya, episod “e-Sukan, Ye Ke Ada Peluang Kerjaya?” ini berjaya memberikan pendedahan komprehensif tentang prospek kerjaya dalam e-Sukan serta mempersiapkan peserta untuk menghadapi cabaran dalam bidang ini. Kelas ini juga merupakan salah satu platform yang ideal untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadikan minat mereka terhadap e-Sukan sebagai kerjaya yang berdaya maju.