Tarikh : 06 Mac 2026
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai etika dan peraturan dalam permainan e-sukan, khususnya berkaitan penalti dan amalan fair play.
Aktiviti
Kelas ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada peraturan permainan, jenis penalti yang wujud, serta cara mempraktikkan sikap sportif dan adil dalam perlawanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan disiplin, sikap profesional, dan etika permainan, seterusnya membentuk budaya e-sukan yang sihat, beretika, dan berdaya saing.