mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X e-Sukan – Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan (Potensi Laluan Kerjaya Dalam E-Sukan)

Tarikh   : 06 Disember 2025

Masa    : 11.00 – 11.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Telah berjaya dilaksanakan dengan objektif memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai peluang kerjaya yang luas dalam industri e-sukan. Program ini dirangka bagi membuka minda peserta bahawa bidang e-sukan bukan sekadar tertumpu kepada pemain profesional, malah merangkumi pelbagai peranan sokongan dan profesional yang semakin berkembang.

Aktiviti

Sesi ini tidak hanya menekankan kerjaya sebagai pemain profesional, tetapi turut membuka mata pelajar tentang peluang lain seperti pengurusan acara, penstriman, produksi kandungan, analisis data permainan, jurulatih e-sukan, pemasaran digital, serta pembangunan permainan.Melalui kelas kesedaran ini, pelajar dapat melihat bagaimana minat terhadap permainan video boleh diterjemahkan kepada kerjaya masa depan yang stabil, bernilai tinggi dan relevan. Selain itu, peserta turut mempelajari kemahiran penting seperti komunikasi, kerjasama, dan pemikiran strategik, yang sangat diperlukan dalam dunia e-sukan dan industri digital masa kini.

Gambar di sini