Tarikh : 06 Jun 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang kepentingan sains sukan dalam dunia e-Sukan, khususnya dari aspek kesihatan, prestasi dan keseimbangan gaya hidup.
Aktiviti
Program ini dirangka untuk memperbetulkan persepsi bahawa e-Sukan hanya melibatkan permainan semata-mata, sebaliknya turut memerlukan ilmu, disiplin dan penjagaan diri seperti sukan fizikal lain.
Dalam Episod 1, peserta diperkenalkan dengan asas sains sukan seperti kesejahteraan mental, kecergasan fizikal, dan kepentingan pemakanan dalam menyokong prestasi sebagai atlet e-Sukan. Seterusnya, Episod 2 menyentuh aspek postur tubuh, rehat yang mencukupi, dan teknik pengurusan tekanan, yang sering diabaikan oleh pemain tetapi sangat penting untuk jangka masa panjang.
Tahniah kepada semua peserta yang telah mengikuti kedua-dua episod dengan penuh minat dan komitmen!