mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI X E-SUKAN) – Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan (Scammer & Perangkap Dunia Gaming – Lindungi Diri, Lindungi Akaun)

Tarikh   : 10 Mei 2025

Masa    : 3.00 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pemain dan ibu bapa tentang risiko sebenar dalam dunia permainan dalam talian. Peserta akan mempelajari taktik biasa yang digunakan oleh scammer, cara melindungi akaun permainan dan identiti digital, serta membina tabiat keselamatan siber yang sihat. Sertai kami dan jadilah pemain yang bukan sahaja hebat di medan permainan, tetapi juga bijak dan beretika di alam siber.

Aktiviti

NADI X E-SUKAN kini mempersembahkan satu inisiatif penting: Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan bertajuk “Scammer & Perangkap Dunia Gaming : Lindungi Diri, Lindungi Akaun.” Dalam dunia e-sukan yang semakin berkembang, terlalu ramai pemain terutama golongan muda menjadi mangsa penipuan, kecurian akaun dan eksploitasi digital. Peserta akan mempelajari taktik biasa yang digunakan oleh scammer, cara melindungi akaun permainan dan identiti digital, serta membina tabiat keselamatan siber yang sihat. Sertai kami dan jadilah pemain yang bukan sahaja hebat di medan permainan, tetapi juga bijak dan beretika di alam siber.

Gambar di sini