mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X e-Sukan – Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan (Suntingan Video & Pengenalan Kandungan Untuk Streamer)

Tarikh   : 31 Mei 2025

Masa    : 10.30 – 11.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang kerjaya dalam industri e-Sukan serta kepentingan menghasilkan kandungan yang menarik, kreatif dan profesional.

Aktiviti

Program ini telah berjaya membuka minda peserta terhadap potensi besar dalam dunia e-Sukan, khususnya dalam bidang suntingan video dan penciptaan kandungan untuk penstriman (streaming). Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada asas suntingan video, teknik penghasilan visual yang engaging, serta strategi membina personaliti dan jenama sebagai streamer. Program ini juga membantu peserta mengenal pasti peluang dalam bidang ini, serta membina keyakinan untuk tampil di platform digital secara lebih tersusun dan bervisi.

Tahniah kepada semua yang telah mengambil langkah pertama ke arah dunia e-Sukan secara lebih berilmu dan tersertifikasi!

Gambar di sini