mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X E-SUKAN – Kelas Kesedaran Episod 5 (Kepentingan Kesihatan dalam e-Sukan – Dr. Zatul, Pengasas Esports MedicA)

Tarikh   : 08 Mac 2025

Masa    : 9.00 – 10.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

Tujuan

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dalam e-Sukan serta memberi panduan kepada pemain untuk mengekalkan gaya hidup seimbang.

Aktiviti

Dalam sesi ini, peserta mempelajari kepentingan penjagaan kesihatan dalam e-Sukan, termasuk pemakanan sihat yang sesuai untuk pemain, kepentingan senaman dan aktiviti fizikal, serta cara mengurus kesihatan mental dan tekanan semasa bermain. Selain itu, aspek tidur dan rehat yang mencukupi turut ditekankan bagi memastikan prestasi permainan yang optimum. Peserta juga diberi pendedahan tentang kepentingan disiplin dan pengurusan masa agar mereka dapat mengimbangi dunia e-Sukan dengan kehidupan harian secara sihat dan produktif.

Melalui kelas ini, diharapkan peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk meningkatkan kesejahteraan diri, sekaligus menjadikan mereka pemain e-Sukan yang lebih sihat, fokus, dan berprestasi tinggi. Kesihatan yang baik adalah kunci kejayaan dalam apa jua bidang, termasuk e-Sukan!