Tarikh : 13 Jun 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program (NADI X E-SUKAN) – Kelas Kesedaran: Sains Sukan dalam e-Sukan Episod 2 telah membuka mata ramai pemain dan peminat e-sukan terhadap kepentingan aspek kesihatan fizikal dan mental dalam prestasi permainan. Episod kali ini memberi tumpuan kepada tiga komponen penting yang sering diabaikan: postur tubuh yang betul, rehat yang mencukupi, dan pengurusan tekanan.
Aktiviti
Ketiga-tiga aspek ini memainkan peranan besar dalam memastikan pemain kekal fokus, cergas dan konsisten dalam jangka masa panjang. Dalam dunia e-sukan yang sangat kompetitif, mengekalkan kesihatan tubuh dan minda bukan lagi satu pilihan tetapi ia satu keperluan. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi kesedaran bahawa kejayaan dalam e-sukan bukan hanya bergantung kepada kemahiran teknikal, tetapi juga bergantung kepada gaya hidup sihat yang menyokong prestasi optimum.